Friday, January 21, 2011

20 PERKARA LELAKI SOROK DARI WANITA




  1. Lelaki boleh menyukai anda dalam masa seminit dan kemudian melupakan anda.
  2. Jika lelaki mengatakan gagal memahami anda, ia membawa firasat bahawa anda tidak berfi kir seperti cara dia berfi kir.
  3. “Awak buat apa?”atau “Awak dah makan?” adalah antara soalan lazim lelaki membuka bicara di talian bagi mengurangkan rasa gementar.
  4. Lelaki akan berpeleseran seharian tetapi hanya memikirkan wanita yang dicintai sebelum tidur.
  5. Lelaki benci bila wanita berbicara tentang mantan teman lelaki.
  6. Lelaki sebenarnya suka membicarakan pelbagai perkara dengan wanita, lelaki juga punya tabiat suka mengumpulkan semangat, keyakinan dan keberanian untuk menyatakannya. Dan akhirnya dibiarkan berlalu.
  7. Usaha lelaki akan berganda bagi meraih cinta wanita yang enggan melayan mereka. Tetapi adalah sangat berat dan tercabar bagi lelaki untuk menerima kekalahan atau penolakan.
  8. Memberi pesanan tidak lengkap kepada lelaki membuatkan mereka terjun kepada kesimpulan yang jauh tersasar daripada apa yang anda maksudkan.
  9. Lelaki suka jika tangan mereka disentuh.
  10. Lelaki sangat licik dan nakal kala berpeleseran tetapi akan gugup, kaku dan tidak keruan bila berdepan dengan wanita idamannya.
  11. Jika wanita mengatakan ‘tidak’, ia seakan arahan kepada lelaki; ‘sila cuba lagi’. Lelaki tidak pantas putus asa jika keinginannya kurang berjaya.
  12. Adalah langkah baik jika anda menguji keikhlasan lelaki tetapi usah terus-terusan mengujinya dalam tempoh yang panjang.
  13. Lelaki tertarik kepada wanita cantik tetapi ada kalanya sekadar suka melihat bukan minat untuk mendekati.
  14. Jika lelaki meminta bantuan kepada sahabat (bertentangan gender) anda berkaitan hubungan cinta, pasti diakhiri dengan rasa tertarik kepada sahabat anda sendiri.
  15. Lelaki hanya selesa meminta pandangan dan nasihat daripada lelaki manakala wanita hanyalah sekadar tempat mereka meluahkan rasa.
  16. Lelaki yang mengusik anda adalah lelaki yang menyukai anda.
  17. Membeli-belah bagi lelaki tidak mengujakan seperti aktiviti sukan.
  18. Lelaki yang serius dengan hubungan akan menjadi lelaki yang sangat possessive.
  19. Lelaki umpama harimau di kalangan teman-teman dan keluarga tetapi manja seperti kucing bila bersama wanita yang dicintai.
  20. Kala lelaki berlagak tenang dalam situasi cemas atau tegang, perhatikan sama ada mereka berpeluh atau tidak. Inilah cara terbaik mengesan rasa gementar lelaki.

No comments: