Wednesday, June 29, 2011

Suami Tidak Mengaku Gigit Isteri ?? Pun boleh

KUANTAN – Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas tuduhan menyebabkan kecederaan kepada isterinya untuk mengadakan persetubuhan pada April lepas.

Lelaki berusia 28 tahun itu, Mohd. Shakri Ismail, dari Felda Bukit Goh dekat sini, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut fakta kes, dia didapati menyebabkan kecederaan isterinya yang berusia 23 tahun untuk mengadakan persetubuhan dengannya pada 21 April lalu antara pukul 12 tengah malam hingga 3.30 pagi di sebuah rumah di Felda Bukit Goh.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sehingga lima tahun penjara.

Terdahulu, selepas pertuduhan dibacakan, Mohd. Shakri memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Noradidah kemudian menyoalnya dan berkata, jika tidak melakukannya mengapa ada kesan gigitan pada mangsa.

Mendengar soalan itu tertuduh kemudiannya mendiamkan diri.

Noradidah kemudiannya mengarahkan Mohd. Shakri dikenakan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan beberapa syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh menghubungi dan pulang ke rumah mangsa selain tidak dibenarkan berada berdekatan wanita itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Amer Abu Bakar Abdullah.


P/s: Benda cenggini pun boleh jadi ka? Siyesly dah cuakkk. Boleh tak aku jadi andartu? Muahaha

3 comments:

Jahirah said...

ada gak mcm ni pun...

Nik Azny said...

Haih tau takpe. Hal rumah tangga nak dibesarkan hihi. rasa lawak :)

Alif Haris said...

huhu .. kes ini mcm pn ade .. aduyai .^^
yg lakinya tak yah la rakus sgt haha