- Gunakan senyuman yang paling bersinar. Hanya perlu senyum sampai ke telinga. Tenung dari jauh matanya sedalam-dalam buat dia sampai tertunduk malu tersipu-sipu.
- Gayakan rambut se"korea" yang mungkin. Seeloknya gayakan rambut anda dengan gaya terkini..! bagi yang bertudung, lilitlah selilit-lilitnya bagi nampak comel macam Yuna! Dan mungkin lebih comel dari Yuna.
- Bermekaplah. Tapi jangan terlalu over. Nipis cukup. Jangan tebal-tebal macam letak tepung gomak dekat muka. Blusher tak perlu banyak, lipstik tak perlu tebal macam opera cina. Eh ! seeloknya tak pakai mekap pun tak apa. Be yourself *thumbsup*
- Berpakaian simple tapi selesa, tak perlu mengerlip macam nak pergi clubing. Semestinya berpakaian sopan, tak branded pun tak apa asalkan pakaian itu bercuci dan tak bau hapak!
- Memakai bauan minyak wangi yang menyenangkan. Fruity atau floral atau apa saja bauan yang soft and calming ataupun bauan perfume nak mengawan. eh! lavender. Pastikan memakai deodoran setiap hari. Elakkan dari menyembur ridsect, febreeze, atau ammeltz yoko-yoko di ketiak!
- Tunjukkan gaya jalan yang yakin dan mempersona! Bayangkan seolah-olah berada atas pentas peragaan. Selalu cuba untuk berjalan dengan bangga, tanpa menundukkan kepala ke bawah. Elakkan juga jalan style menyeret selipar! Oh annoying gila pemalas. Cepat menghauskan bunga atau tapak kasut. Kah kahh sila angkat tapak kaki!
- Jadi seorang yang gila-gila, sense of humor itu penting untuk buat orang lain rasa selesa dengan diri kita. Tak penat ke kalau asyik buat muka serius, teging dan hengkek!! eh berubahlah. Nak ramai kawan, kena murah senyuman, ringan tulang dan paling penting tak berkira...!
Credit to http://www.ailylrozanna.com :)
No comments:
Post a Comment