Assalamualaikum
juliana evans yg xde pape kaitan pun kono…
Skang nie tengah kecoh di twitter, facebook dan blog mengenai seorang hamba Allah yang bangga mengaku sudah tidak mempunyai dara. Umur remaja tu masih lagi di awal usia muda remaja iaitu 14 tahun.
Blog budak nie mendapat sambutan yang amat menggalakkan, kalau dia pasang nuff tentu boleh dapat banyak duit tapi bukan duit yang budak tu nak TETAPI KASIH SAYANG. Budak itu menggelarkan dirinya Adinda Evans atau Daten Milano.
Gadis muda remaja nie yang dikatakan bajet hot dan bangga dengan ketiadaan daranya dicemuh, dikeji, dikutuk, dihina bertalu-talu. Rata-rata komen di blog dan di fan pages fb budak nie dipenuhi dengan komen yang negatif. Jika dinilai melalui nisbah persepuluh, hanya 1:10 sahaja yang memberikan komen yang positif ataupun mengajak anak gadis ini bertaubat kepada Allah s.w.t.
Sungguh bagus sikap orang Malaysia kita yang ‘sudi’ ambil berat tepi kain orang namun sedarkah kita bahawa cara kita jaga tepi kain orang itu tidak berapa betul. Anak gadis ini masih muda remaja, masih mentah dan memerlukan bimbingan daripada yang kita yang lebih tua.
Betul..perbuatan budak itu yang membangga diri dengan ketiadaan daranya juga adalah perbuatan yang memalukan dan tidak wajar namun adakah kita sewenang-wenangnya boleh menjatuhkan hukuman sebegitu rupa kepada anak gadis ini tanpa mengetahui sebab musababnya.
Kalau ikut gambar kat atas tu, katanya seperti dia dirogol tapi aku tak berapa faham jugakla dia punya ayat sebab ayat dia tu macam tergantung sket. Namun bagi aku, aku rasa dia dirogol dan dia jadi begini disebabkan stress dan bagi menghilangkan stress, budak nie mula meluahkan perasaan dia melalui blog.
Budak nie mula menulis blog pada 16 Nov 2010(mengikut tulisan pertama dia di blognya), iaitu kira-kira setahun yang lepas dan pada 5 Dec 2010, dia mengeluarkan entri yang bertajuk “Kesah Ape Aku Bukan Virgin”.
Aku tertarik dengan satu ayat dia yang berbunyi:
“aku tau dlm dunia ni tak ramai ponpuan ada DARA. skrg susa nk dpt girl yg ade dara.”
Betul tak apa yang dia cakap tu? Korang setuju tak apa yang dia cakap? Aku memang setuju dan kebanyakan yang dah takde dara tu disebabkan dirogol ataupun atas kerelaan sendiri dengan teman lelaki? Bagi aku, perempuan yang ramai dah takde dara tu adalah perempuan yang telahpun dinodai oleh teman lelaki.
Malah, mungkin di antara 836 orang yang komen di entri budak tu..mungkin ade beberapa orang LELAKI ataupun PEREMPUAN yang telah ternoda tetapi komen bagai nak rak seperti mereka suci daripada dosa. “Kemonlah”..bagi ruang kepada budak tu. Kita sebagai yang lebih dewasa menasihati dia dan bukannya menghina dia.
credit to skypecrew :)
No comments:
Post a Comment