Sunday, June 26, 2011

Azam sem tiga

Assalamualaikum


Nampak tak gamba minachi sorang kat atas ni. Nahhh ni wajah aku lepas mandi. Suci gila kan? Biasalah kalau dah muka tu gonyoh pakai berus sabut mesti segala daki hilang. Takde edit ape pun erh. Sebenarnya takdea putih cenggini. Lighting tu melampau gila kasi muka aku putih. Takpea credit jugak kat lighting. Dalam tengah feel2 mandi tadi, tengah syampoo kuku kaki plak aku dapat idea nak letak entry baru. Azam baru! Azam baru! Azam baru! Eh , kau ni nik apehal tengah2 bulan baru nak azam baru, lembab makaihhh. Sabar lah dulu nak cakap ni. Ini azam sempena sem baru aku. Sem Tiga baruuu. Hihi kecoh kan? Ekceli dari sem satu dulu aku asik berazam. Nak tahu Azam ape? Meh check it out

1. Ofcuz nak belajar sungguh2. Sebab dulu SPM main2 je
2. Nak bertambah rakan, supaya lebih femes. Jahadkan azam ni?
3. Nak jadi orang yang lebih bertanggungjawab. Konon nak uruskan hal sendiri
4. Nak bina hidup baru, sebab dulu hidup tak berapa baru sangat
5. Ni azam paling penting, dulu aku ada kapel time masuk POLI. Kononnya azam, TAK AKAN cari orang lain selain si dia. Konon nak setia. (Korang jangan nak gelak err, korang pun sama gak! Hihi)

Itu azam aku time muda mudi dulu. Lain bebenor dah sampai sekarang ni. Makin lama makin mengarut je Azam aku ni. Meh tengok perubahan pada azam sem tiga

1. Nak belajar sungguh2. Buat assigment yang paling TERBAIK (sama mcm azam sem dua)
2.Tak nak gadoh dengan housemate/classmate/papermate
3.Kurangkan enjoy dengan duit PTPTN (sedar sikit, meminjam je huhu)
4.Nak jugak naik pentas dapat AKJ, kalu U (Anugerah DEKAN). Selalu berangan je
5. Kurangkan berDating. Yelah sebab bulan puasa nanti. Kurang pahala incik dagu panjang

Tudiaa banyak betul azamnya. Korang ada azam gak time nak masuk sem? ataupun azam masa puasa nanti?? Bolehla share cerita sini :)

6 comments:

cik Dil said...

yg ke 5 tu..dapat ke??hahahhaa

Nik Azny said...

Hahaha tak tahu lah boleh ke idak. 80% mengatakan TIDAKK. hihi

sumaiyah mokhtar said...

wahhhhhh good luck, i doakan semua azam you tercapai :)

Nik Azny said...

Hihi InsyaAllah :)

iPai said...

bahaya betul azam no. 5 first list tuh ...

mesti macho2 orang di sana

Nik Azny said...

Hahaha takdea macho mana. azam yang tah ape2 :D