Friday, June 3, 2011

Lepas bershooting sama Ahmad Fadzli Yaakob

Haluuu reader,

Harini seharian bershooting sama 'Ahmad Fadzli Yaakob', lebih juga kenali sbg pnyanyi yang nynyi lagu tuuu 'asmara ini yang hanyut kan akuu~~~'(lupa, sambil tanya abg wa*) . Kenal tak ? tak kenal lagi ke? Okayy yang berlakon cite 'gila bolo' yg hoot dulu tuuu. Haa sekarg ni dye sbg 'Motivational speaker'. Korng mesti nak tahu aku shoot drama ape ngn dye kan?? Alaa ckit2 je. Tak sangka dpr kerjasama dgn dye. Rasa nak merangkak je time tuu. Terlalu terujaaa* . Nantikan la drama first yang tajuk nya pun aku tatahu lagi. Haha act TIPUUU je. sssshhh jgn ckp kuat2 okay! babap kang :D Okay, sepertimana yg semua tahuu abg Fadzli ni rajin bertwitter. Best jugak laa, sbb dye pun follow aku, Wuuu. Ape yg bestnya, ayt2 abg Fadzli ni mmg best. Lain citer patutla dye jadi penceramah :) Btw, sume org tahu pasl segment PERLIBAHASA dalam twitter dye. Nak tergelak den bacaa. Ini sedikit sebanyak PERLIBAHASA , enjoy ;

1. Bagai menahan nak buang air tetapi toilet sedang dicuci lalu jumpa kekasih lama yg tiba2 ajak makan bersama
2. Bagai malas mandi lalu spray perfume badan tetapi terlupa bersihkan tahi mata
3. Misai yang disangka macho di atas bibir rupa2nya bulu hidung yang panjang sampai bibir
4.Seperti kelam kabut nak pinjam charger sebab bateri handphone tinggal suku bar
5. Sebijak bijak calculator mengira, masih memerlukan jari jemari untuk menekan2 utk beri jawapan. Takdelah teror mana pun!
6. Bagai menahan diri dari terlepas bom angin, tetapi terkeluar jugak bunyi macam enjin motorbot
7. Mulut bagai Vacum Cleaner yg rosak, benda yang dah disedut habis semua disembur keluar habis bersepah balik satu rumah
8. Bagai memakai headphone besar tahap gaban tetapi Ipod tak charge dah seminggu
9. Bagai berkali kali menukar cover nokia supaya nampak macam iphone sbb belum cukup duit nak beli
10. Bagai teringin nak pakai iPad lalu bawak papan putih kecik kehulu kehilir sambil slide jari ala nak unlock screen
11. Bagai terkejut bangun dari tidur lalu rasa lega sebab hari ini hari Ahad
12. Bagai buat buat tengah bercakap di telefon sedangkan takde orang pun di talian
13. Bagai mengunci diri di dalam bilik kerana di muka tumbuh jerawat yang besar
14. Bagai terlupa silentkan handphone masa tengah dengar ceramah, pastu ringtone lagu Blackeyed Peas "My Humps"
15. Bagai menahan ketawa kerana gigi palsu bakal bapak mertua terjatuh masa tengah nak masuk meminang anaknya
16. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya mamat tu sedar dia pakai costume maskot tupai rupanya
17. Swimming pool yang banyak lelaki tenang berenang jangan di sangka bukan buaya daratan
18. Bagai nak keluar duit di ATM lalu tgk balance ala cukup2 makan je lalu cancel transaction
19. Bagai curi curi makan belakang kawan2 baik sebab dah terlepas cakap proses ber-diet dah bermula
20. Bagai dating kali pertama dalam cuaca panas tiba2 teringat terlupa pakai pewangi ketiak


Dann banyakk lagi. Kalau nak gelak gelak sorgg follow di twitter :) Sekian

No comments: